Diva Azwan Ali ‘Sound’ SPR Secara LIVE Selepas Dia Mengundi. Apa Yang AA Cakapkan.

Video Penuh Azwan Ali Berada Di Akhir Artikel

Azwan Ali selesai mengundi

GOMBAK: Selebriti kontroversi, Azwan Ali selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Setapak, kira-kira pukul 8.17 pagi.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang mengundi di saluran tersebut bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PKR, ditentang adiknya, Azwan dan tiga calon lain masing-masing Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

Pada PRU lalu, Mohamed Azmin memperoleh 16,502 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nadzim Ibrahim dengan 12,458 undi (majoriti 4,044).

Terdahulu, Azwan yang lengkap berjubah putih antara pengundi awal yang tiba di pusat pengundian di sini.

SUMBER : MSTAR ONLINE

AZWAN ALI MENGAMUK DENGAN SPR

Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA berang apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap meletakkan label pada peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)di pusat pengundian Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate Baru, Setapak.

Menurut calon bebas DUN Bukit Antarabangsa itu, dia menyedarinya ketika mahu membuang undi di saluran 2, pusat mengundi berkenaan pada Rabu.

“Saya seorang yang sangat profesional. Walaupun tidak pernah bekerja dengan SPR, saya tahu warna oren itu untuk Parlimen dan kuning untuk DUN.

“Tiba-tiba masa hendak mengundi tadi saya tengok tag bagi DUN itu dilabel dengan warna oren,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Azwan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memeriksa semula kejadian sebegini yang dianggap mampu menggugat ketelusan serta memalukan pihak SPR.

“Ini bukan kesalahan biasa-biasa. Kotak pun boleh salah label.

“Sudah berapa tahun kami menunggu untuk mengundi, tiba-tiba jadi perkara sebegini. Rosak mood saya hendak mengundi.

“SPR sepatutnya lebih berhati-hati dan peka dengan kerja mereka. Hanya kerana perkara sebegini, SPR akan dihentam rakyat, katanya.

Azwan selesai mengundi di pusat mengundi berkenaan di pada pukul 8.17 pagi, Rabu.

Selain Azwan yang menentang abangnya Azmin bagi merebut kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tiga lagi calon adalah Syarifah Hazlizah (PAS) Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

SUMBER : MSTAR ONLINE

SEDUTAN RAKAMAN AZWAN ALI SELEPAS MENGUNDI

Sumber : buletin netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *